Koperasi Guru-Guru Agama Islam Selangor menyediakan lembu dan kambing untuk 'Aqiqah dan Ibadah Qorban. Jika Tuan/Puan bermnat untuk membelinya sila hubungi talian 03-55101920.

KEANGGOTAAN

1. Terbuka dikalangan:

- Guru Agama JAIS, Kementerian Pelajaran Selangor dan Wilayah
Persekutuan
- Pegawai dan Kakitangan JAIS, JAWI,JAKIM dan sektor Pendidikan
Islam JPS / JPWP
- Pegawai dan kakitangan Institusi Agama Selangor / Wilayah
Persekutuan

2. Bayaran Pendaftaran:

- Anggota baru - RM 20.00
- Keanggotaan kali kedua - RM 50.00

3. Bayaran caruman bulanan:

- Yuran Syer dan Modal Syer minima - RM 30.00
- Tabung Yayasan Pelajaran - RM 3.00
- Tabung Kebajikan - RM 3.00
- Tabung Persaraan - RM 3.00

4. Kaedah caruman bulanan:

- Biro Perkhidmatan ANGKASA ( BPA )
- Perkhidmatan Bank
- Potongan Gaji oleh Majikan

Mereka yang layak membuat permohonan:-
1. Menjadi anggota tidak kurang dari 6 bulan.
2. Waris kepada anggota yang meninggal dunia.
3. Tuntutan dibuat hendaklah dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian / berlakunya
musibah.

Jenis - jenis derma yang disumbangkan:-
1. Kematian anggota - RM 1,000.00
2. Kematian isteri / suami anggota - RM 500.00
3. Kematian anak kandung anggota - RM 300.00
4. Kematian ibu / bapa / mertua anggota ( satu tuntutan sahaja ) - RM 300.00
5. Musibah - RM 200.00

Dokumen yang diperlukan:-
1. Kematian anggota : salinan disahkan > sijil kematian dan sijil nikah anggota.
2. Kematian isteri / suami anggota : salinan disahkan > sijil kematian dan sijil nikah anggota.
3. Kematian anak kandung anggota : salinan disahkan > sijil kematian dan sijil kelahiran anak.
4. Kematian ibu / bapa / mertua : salinan disahkan > sijil kematian, sijil nikah anggota dan
sijil kelahiran suami / isteri anggota.
5. Musibah : salinan disahkan > laporan polis / laporan perubatan yang berkaitan.

PRODUK TAKAFUL

Koperasi adalah wakil Etiqa Takaful Berhad, Takaful Ikhlas Berhad dan CIMB Aviva Assurance yang sah. Antara produk yang dijalankan adalah:

1. Takaful Keluarga Barakah

2. Takaful Kredit Berkelompok

3. Takaful Kenderaan Berinjin

4. Takaful Bangunan & Takaful Am


Tabung Persaraan Anggota

Mereka yang layak mendapat bayaran:

1. Anggota yang mencarum yuran tabung sebanyak RM 3.00 sebulan.

2. Menjadi anggota selama 10 tahun berturut - turut ( mulai tahun 1998 )

3. Diberi semasa anggota berhenti.

4. Waris berhak menuntut sekiranya anggota meninggal dunia.

Ganjaran diberi sebanyak RM 500.00, dan setiap 1 tahun selepas itu diberi tambahan
RM 100.00 tidak melebihi RM 1,000.00 pada jumlah keseluruhan.

(1) Kebun Kelapa Sawit, (Lokasi)Lot. 1255, EMR 3415, Mukim Pasangan, Daerah K. Selangor (Harga Belian)RM 61,000.00 (Nilaian Semasa)RM 590,000.00
(2) Kebun Kelapa Sawit, (Lokasi)Lot. 236, EMR 3659, Mukim Ujung Permatang
Daerah K. Selangor (Harga Belian) RM 5,000.00 (Nilaian Semasa) RM 142,000.00
(3) kebun Kelapa (Lokasi) GM 993, Lot. 15099 Batu 10, Kg. Melaka Mukim Tg. Karang (Harga Belian) RM 17,000.00 (Nilaian Semasa) RM 117,000.00
(4) Tanah Sawah
(Lokasi) Lot. 14947, Pasir Panjang Selangor Darul Ehsan (Harga Belian) RM 9,000.00 (Nilaian Semasa) RM 90,000.00
(5) Tapak Kedai
(Lokasi) Lot. 108, Pekan Sekinchan (Harga Belian) RM 30,000.00 (Nilaian Semasa) RM 84,000.00
(6) Tanah Anugerah K'jaan Negeri Selangor
(Lokasi) Lot. 3262 & 3280 Kg. Timah, Bkt Beruntung Mukim Hulu Yam Daerah Hulu Selangor (Premium) RM 8,580.00

Syarat - syarat memohon pembiayaan:

1. Yuran / Modal syer tidak kurang RM 500.00
2. Potongan gaji bulanan tidak melebihi 60%
3. Sertakan salinan slip gaji terkini yang telah disahkan oleh majikan
4. Penjamin pertama adalah waris
5. Tidak perlu penjamin dikalangan anggota koperasi

Jadual Skim Pembiayaan

1.Bai Bithamanil Ajil - Jumlah RM 20,000.00 - Tempoh Bayaran 7 Tahun - Murabahah RM 8,000.00 - Bulanan RM 333.33

2.Bai Bithamanil Ajil - Jumlah RM 15,000.00 - Tempoh Bayaran 5 Tahun - Murabahah RM 4,500.00 - Bulanan RM 325.00

3.Bai Bithamanil Ajil - Jumlah RM 10,000.00 - Tempoh Bayaran 4 Tahun - Murabahah RM 2,500.00 - Bulanan RM 260.42

4.Bai Bithamanil Ajil - Jumlah RM 5,000.00 - Tempoh Bayaran 3 Tahun - Murabahah RM 750.00 - Bulanan RM 159.72

5.Ziarah / Umrah - Jumlah RM 5,000.00 - Tempoh Bayaran 2 Tahun - Murabahah RM 352.48 - Bulanan RM 223.02

6.Bai Al Inah - Jumlah RM 3,000.00 - Tempoh Bayaran 18 Bulan - Murabahah RM 211.50 - Bulanan RM 178.42

7.Pelajaran - Jumlah RM 5,000.00 - Tempoh Bayaran 3 Tahun - Murabahah RM 150.00 - Bulanan RM 138.89

8.Pelajaran - Jumlah RM 3,000.00 - Tempoh Bayaran 2 Tahun - Murabahah RM 100.00 - Bulanan RM 125.00

9.Qardhul Hasan - Jumlah RM 1,000.00 - Tempoh Bayaran 10 Bulan - Murabahah RM 50.00 - Bulanan RM 100.00